Tuesday, May 24, 2011

+BETOL KE LELAKI BAIK UNTUK WANITA BAIK JE??+


"A great marriage is not when the perfect couple comes together. It is when the imperfect couple learns to enjoy their differences"

Persoalan : Benarkah lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik sahaja?

Surah An-Nur, ayat 26, Allah SWT berfirman :

"Perempuan-perempuan yang jahat itu untuk lelaki-lelaki yang jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dari tuduhan yang mereka katakan untuk mereka diampunkan dan rezeki yang mulia"

Menurut pengajian Ulum al-Quran, turunnya ayat ini selepas meletusnya perbuatan fitnah terhadap isteri Rasullulah SAW iaitu Saiyidatina Aisyah r.a yang kononnya berlaku curang terhadap Baginda. Walaupun ia hanyalah sekadar penafian terhadap fitnah tersebut, namun begitu ia juga adalah janji Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya.

Namun begitu, tidak mustahil seorang Ustaz ataupun Ustazah yang berpewatakan baik dan alim bertemu jodoh dengan yang tidak setaraf dengan mereka. Hakikatnya, setiap pasangan yang bertemu jodoh itu adalah diatas kehendak-Nya jua. Mungkin itu adalah amanah kepada mereka untuk memperbetulkan keadaan yang silap yang ada pada pasangan masing-masing dan bukanlah sebagai satu celaan.

Setiap apa yang terjadi adalah di atas ketentuan-Nya. Dalam perkahwinan dan perhubungan, keserasian dan cara menghormati antara satu sama lain adalah mustahak. Dari situ akan wujudnya persefahaman yang akan membawa kepada kebahagiaan.

Sebenarnya, tidak wujud pasangan yang elok atau tidak. Setiap jodoh yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita ketika itu, itulah jodoh yang terbaik untuk diri kita.

Sejarah silam ataupun masa lalu seseorang itu biarkan ia berlalu kerana semua manusia mempunyai masa lalu tersendiri. Apa yang perlu dilihat ialah dirinya pada hari ini.

Dan seandainya dia itulah jodoh kita, terima dia seadanya kerana itu jodoh terbaik untuk kita iaitu hadiah daripada Allah SWT.

Moral Value : Oleh itu, tidak perlu timbul soal ketidaksesuaian pasangan kerana tidak semua manusia sempurna..baik lelaki mahupun perempuan...Kesemuanya tidak terlepas dari membuat silap dan kita sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini bertanggungjawab memegang amanah, mendidik dan mengurus alam dan makhluk2 yang lain..Setiap manusia berpasangan..itulah fitrahnya...Terimalah seadanya, janganlah kita menyalahkan pasangan kita sahaja, walhal kesilapan diri sendiri terus disorokkan..sekian.... =)

No comments:

Post a Comment