Tuesday, December 28, 2010

+Hati-hati dengan si dia jika…..+
  • Si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
  • Mulut kata sayang dan cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • Ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • Agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Walaupun masing2 telah bekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda, namun dia mula mengharapkan anda pula membelanjanya keesokan harinya..
  • Si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya. Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • Si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • Si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dari menerima panggilan atau sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon atau membaca sms. Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
  • Si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.
Renung-renungkanlah…Jangan sampai anda kena tipu dengan si dia sampai ke akhirnye sudeh….oke! Beware!.....

No comments:

Post a Comment