Wednesday, December 29, 2010

+GAYA PEMAKANAN SIHAT+


~TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT~

·  Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
·  Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah".
·  Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
·  Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
·  Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan atau minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan).
·  Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
·  Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
·  Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
·  Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
·  Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan atau minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi)
·  Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
·  Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah… sekurang-kurangnya anda telah menunaikan kewajiban iaitu menjaga kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T.
=)


No comments:

Post a Comment