Wednesday, December 29, 2010

+Bagaimana menjaga kesihatan badan????+
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara penjagaan kesihatan tubuh badan dari ilmu Sains dan Al-Quran antaranya adalah :

1. Mengawal makanan
2. Bersenam atau beriadah.

Meminum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan kita. Keberkesanannya terbukti jika kita mengamalkannya, berat badan kita akan berkurangan. InsyaAllah…Cubalah!
Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti melakukan amalan :

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang telah terkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya ia jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). InsyaAllah….

3.  Sewaktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan kita dari pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian mengapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Di dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan, ayam bercampur dengan ikan, maka terjadi tindak balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Cubalah oke! =)




No comments:

Post a Comment